Friday, April 30, 2010

sirah...kisah raja yang menggagalkan musuh islam utk mencuri mayat rasulullah

irah:Nuruddin gagalkan cubaan ceroboh makam Rasulullah

SULTAN Nuruddin Zenki yang tinggal di Mosul adalah pemerintah Islam yang banyak berjasa dalam Perang Salib.

Beliau memberi jalan kepada panglima Salahuddin Al-Ayyubi dalam perang Salib hingga berjaya membebaskan Palestin daripada cengkaman tentera kafir.

Beliau adalah seorang yang beriman, warak dan adil. Beliau digelar Malikut Adil (raja yang adil) dan sering berdoa untuk rakyatnya supaya sejahtera.

Mengikut sirah, Nuruddin pernah bermimpi berjumpa Rasulullah dalam keadaan gembira. Penasihatnya memberi tafsir ia mungkin bermakna perjuangan kaum muslimin dalam jihad akan berhasil.

Namun, pada satu hari Baginda tidak seperti biasa kerana kelihatan risau dan seperti ada yang tidak kena. Ia berpunca daripada mimpi Nuruddin beberapa hari sebelum itu yang agak menakutkan dan sukar ditafsir.

Dalam mimpinya, beliau bertemu Rasulullah dalam keadaan muram. Baginda memegang tangannya sambil menunjukkan dua lelaki yang berada di depannya dan bersabda: “Kenalilah aku dan bebaskan aku daripada dua orang itu!”

Nuruddin terbangun namun wajah Rasulullah dan dua lelaki itu jelas seperti bukan mimpi.

Beliau yakin mimpi itu benar kerana Rasulullah pernah bersabda: “Siapa yang melihat aku dalam mimpi, sama ertinya melihat aku di waktu sedar kerana syaitan tidak akan datang menyerupai aku.”

Dia berkata, “ini tentu ada yang tidak kena atau ada sesuatu yang mengancam maruah umat Islam.”

Mimpi itu datang lagi seperti dulu. Nuruddin terkejut dan bangun berwuduk serta mendirikan solat tahajud. Dia berzikir dan kemudian tertidur dalam duduk serta bermimpi lagi buat kali ketiga.

Katanya, “perkara ini serius dan tidak boleh aku diamkan saja.”

Selepas subuh, Nuruddin memanggil menteri kepercayaannya, Jamaluddin Al-Mushly yang warak dan amanah serta menceritakan mimpinya.

Jamaluddin mendengar dengan serius. Kemudian dia berkata, “Ia memang mimpi yang benar kerana syaitan tidak dapat menyerupai Rasulullah.”

Katanya, “mengikut pendapat saya, ada rancangan jahat orang tertentu yang ditujukan kepada Rasulullah dan Nabi tidak menyenanginya. Tuanku diberi tugas untuk menggagalkannya.”

Nuruddin berkata, “Pendapat kamu betul. Sekarang ke mana dan bagaimana kita mahu mencari dua lelaki yang ditunjuk oleh Rasulullah itu?”

Jamaluddin berkata, “Bagaimana jika tuanku pergi ke Madinah terlebih dulu. Di sana tuanku berdoa di makam Rasulullah mohon petunjuk Allah. Mudah-mudahan tersingkap rahsia mimpi itu.”

Persediaan segera disiapkan dan Sultan Nuruddin berangkat bersama beberapa pegawainya ke Madinah. Namun, perasaan risau dan ngeri sentiasa menghantuinya.

Akhirnya, rombongannya sampai ke Madinah. Selepas bersuci, Nuruddin bersolat di masjid Quba dan menuju ke taman Raudhah yang menjadi tempat jenazah Rasulullah bersemadi.

Nuruddin mengangkat tangan dan memohon Allah memperlihatkan rahsia mimpi itu sebelum musuh melaksanakan niat jahat mereka. Dia begitu khusyuk hingga air matanya mengalir tanpa disedari.

Selepas berdoa, datang petunjuk daripada Allah seolah-olah beliau sudah menemui tafsir mimpi itu.

Beliau memanggil gabenor dan memerintahkannya memanggil semua penduduk Madinah dan sekitarnya berkumpul untuk bersalaman. Selepas berita itu disebarkan, semua rakyat datang.

Raja Nuruddin memandang rakyatnya sebagai penghormatan dan pada masa sama, mencari wajah yang menjadi buruannya. Namun, wajah itu tidak kelihatan.

Beliau risau dan bertanya sekali lagi kepada pegawainya. Tiba-tiba seorang berkata, “Betul tuanku, saya ingat masih ada dua kenamaan di Madinah yang tidak hadir, mungkin mereka tidak tahu ketibaan tuanku ke sini.”

Raja Nuruddin berkata, “Di manakah mereka berada dan siapakah mereka?”

Orang itu berkata, “Mereka berdua adalah ahli tasauf dan hikmah yang sangat warak dan banyak ibadatnya. Sesiapa saja yang pergi kepada mereka akan menerima fatwa dan sedekah. Mereka juga dermawan dan banyak membantu orang miskin dan fakir.”

Raja Nuruddin tertarik dan ingin bertemu keduanya. Tidak lama kemudian, mereka datang dengan kepala tunduk dan tawaduk sementara mulut pula tidak henti berzikir kepada Allah.

Apabila kedua-duanya di depan Raja Nuruddin, beliau terperanjat kerana itulah wajah yang muncul dalam mimpinya. Dia memandang mereka dan hairan kerana tidak menemui sebarang kecurigaan.

Mereka begitu khusyuk dan tawaduk, serbannya diikat mengikut sunnah Rasulullah dan adab mereka seperti orang alim serta tutur kata pula penuh hikmah berasaskan al-Quran dan hadis.

Namun, mengapa Rasulullah minta dibebaskan dan apa dosa dilakukan mereka? Raja Nuruddin hairan dan tidak tahu apa harus dibuat.

Di kediamannya, Raja Nuruddin bersolat dan berdoa meminta petunjuk lebih jelas daripada Allah. Lalu datang menterinya, Jamaluddin dan berkata, “Wahai tuanku, sudahkah tuan berjumpa dengan dua orang itu?”

Katanya, “Ya, sudah. Mereka adalah jemputan terakhir dan beta pasti itulah orang yang ditunjuk Rasulullah. Namun, beta tidak menemui apa yang mencurigakan. Akhlak, gerak geri dan tutur kata menggambarkan keperibadian Rasulullah.”

Jamaluddin berkata, “Tuanku, ketahuilah seseorang yang zahirnya baik dan mengikut cara Rasulullah, belum tentu hatinya baik. Mungkin mereka berpura-pura supaya orang ramai tidak curiga padahal dia adalah musuh yang jahat.”

Raja Nuruddin berkata, “Betul katamu kerana memang ramai orang kafir berpura-pura Islam sedangkan tujuannya menghancurkan Islam dari dalam.”

Jamaluddin berkata, “Tuanku mesti membuat siasatan ke rumah orang itu secara sulit.”

Mereka berbincang cara untuk mendapatkan maklumat kedua lelaki itu. Akhirnya mereka mendapat ilham iaitu orang ramai dijemput ke rumah terbuka Raja Nuruddin.

Kedua orang itu diundang sebagai tetamu kehormat.

Raja Nuruddin pergi ke rumah orang itu dan memeriksa semua bahagian rumah, malangnya tidak berjumpa sebarang yang mencurigakan.

Almari mereka dipenuhi kitab agama, fekah dan tasauf serta keadaan rumah menggambarkan mereka pewaris Nabi.

Hati kecil raja bertanya, “Apa lagi yang harus aku syak? Kenapa Rasulullah meminta pertolongan supaya dibebaskan daripada mereka?”

Ketika melangkah keluar, datang ilham untuk melihat permaidani yang indah di sudut rumah. Beliau kagum dan membelek permaidani itu, namun terlihat sekeping papan di bawahnya.

Raja Nuruddin curiga lalu mengangkat papan itu perlahan-lahan. Di bawahnya, ada sebuah terowong bertangga. Dia meneliti arah terowong itu dan terkejut kerana ia menuju ke arah kubur Rasulullah.

Raja Nuruddin segera mengeluarkan arahan menangkap kedua orang itu.

Dengan terbongkarnya rahsia itu, yakinlah Raja Nuruddin pada mimpinya. Kedua-dua orang yang menyamar alim itu adalah musuh yang hendak mencuri jasad Rasulullah.

Orang ramai datang menyaksikan keadaan di rumah itu. Beberapa orang turun ke dalam terowong yang panjang dan mendapati ia sudah terlalu hampir dengan jasad Rasulullah.

Orang ramai tidak sabar lalu memukul mereka dengan teruk sebelum dibawa ke muka pengadilan.

Di mahkamah, kedua-duanya berterus terang sudah tinggal di Madinah lebih setahun sebagai ejen Yahudi untuk mencuri jasad Rasulullah dari kuburnya.

Apabila jasad Rasulullah berada di tangan mereka, dengan mudah mereka dapat merendahkan martabat kekasih Allah dan menghina umat Islam.

Umat Islam di Madinah berasa tertipu dan akhirnya kedua-dua mereka dijatuhkan hukuman mati.

Raja Nuruddin bersyukur kerana tugas itu berjaya diselesaikan dengan berkat hidayah dan pertolongan-Nya.

Beliau memerintahkan keempat penjuru kubur dipagar dengan konkrit hingga ke bawah tanah untuk mengelakkannya terjadi lagi. Sebelum berlepas dari Madinah, beliau bermimpi bertemu Rasulullah. Kali ini, baginda merangkul leher beliau.

Apabila tiba masa meninggalkan Madinah, beliau memberi taklimat akhir kepada penduduk akan kejahatan dan dendam Yahudi terhadap Islam. Beliau kembali ke Mosul diiringi doa dan air mata rakyat.

Hari ini, Yahudi sudah berjaya menghancurkan perpaduan Islam. Mereka berjaya melagakan sesama Islam. Semoga kita semua mendapat kesedaran untuk menegakkan kembali Islam yang agung.


kredit to blog http://kelasiqra.tripod.com/sirah1.html

Tuesday, April 27, 2010

moga dipermudahkan segala kerja olam


Nau..idup olam trase lebih tenam...teratur...n lebih tersusun....olam try toimprove myself tuk jadi lebih baik.....n nau...baru traser..........masalah yang melanda tu...sebenarnya boleh jadi ssatu nikmat dari Allah tuk kiter.......seperti ulat...buruk ...hodoh dan ramai orang jijik dengan nya....boleh bertukar menjadi sang rama2 yang cantik......seperti kisah idup olam......n skam ni..olam sangat2 bersyukur........alhamdulillah....walaupun olam bukan hamba-Nya yangbaik.tapi rahmat dari-Nya melimpah ruah tuk olam..tem-q Allah

Friday, April 16, 2010

prem....




kawan ......

tem-q kepada kekawan yg banyak gi smangat time olam down skijap...hehehehehehe...rasa bodoh bangat plak olam time tu.............rase sgt terharu....kawan2 byk gi sapot....kawan time susah...dicari...tapi Ya Allah....sgt bersyukur pada Mu...sbab aku x susah nak cari kawan time susah.....sbenarnya....disebalik satu ujian yg kecil......Allah anugerahkan aku mender lain yang lagi bernilai...dan sangat ternilai.....Ya Allah...sangat2 berterima kasih padaMu.....n kawan2 ku....trima ksih sgt2......olam kalau bab2 premship ni...memam tachim skip...tlinge lembek...he3.......olam trese diri ni amat bertuah...always jumpa org yang baik2...tem-q Allah...walaupun olam bukannya umat-Nya yangbaik...tapi Dia tidak putus2 memberi rahmat pada olam........Olam tau olam bukan budk baik n taat.....Insyaallah...olam cuba sehabis baik tuk ubah diri lagi dekat dengan - Nya....olam akan trus cuba n mencuba....n moga olam akan dipertemukan dengan olam yang mempunyai keazaman yang sama ngan olam...sama2 cuba baiki diri......nak berangan dapat olam yang baik...memang olam tau...xkan dapat nya...sbab lelaki yang baik akan dpat pompuan yang baik...so olam hanya wish...semoga olam dipertemukan ngan olam yang sma2 ader niat nak baiki diri n cuba sehabis baik tuk dekat dengan-Nya....permudahkan segala jalan-Nya Ya Allan.....n to my prem....memang sayang korang semua...btul ni.....btul2 sayam.....korang berada dalam ati ku di satu sudut yam sgt spesial.....heheeheheheeehe...aku dah raser sebak.....huhuhuhuhu.

Wednesday, April 14, 2010

alhamdulillah

he3.....dah smalam...dah delete semua mender yang berkaitam ngam beliau..pesbok beliau,msg beliau...ym beliau..heheheheehe...lega..perh.....pasni...pandang ke depam jer....sesekali pandang ke blakam gak...spaya menghargai per yang ader di depan....

Wednesday, April 7, 2010

secara rasminya menggunakam opera...slamat timgal google chrome




setelah byk kali google chorme heng.......tetiba keras jer....so olam dah patah ati...scara lasmi nya menggunakam opera......dah lama download cuma guna google choreme....coz my be rase google chore ni pantas.....tp dah byk kali heng...so skam tukar opera...buat masa ni ok la...not bad....slamat datam opera...slamat timgal google choreme

Tuesday, April 6, 2010

moga bliau bahagia

semoga beliau bahagia


pada beliau (tau....bliau x tau pom kewujupam blog ni)...he3........just nak wish...semoga bliau jumpa someone yg btul2 baik dan boleh bahagiakan beliau.......n arap2 olam pon leh cari kebahagian yg diimpikam slama ni......tiba2 diri ni traser begitu tenam n redha....dah x sedih gi......mungkin sbelum jumpa teman yg btul2 tuk bimbim olam dekat padaNya......Allah mau olam jumpa dulu olam lem.....olam waitim.....tetiba pas smayam...ati trase begitu clear.....i mean...trase ....ish...sukar nk gambarkam plasaam tu......tem-q Allah.....walaupun ati ske dia seikhlas ati......tp dah x traser sedih ......harap sgt beliau dapat idup bahagia dengan pasangan beliau nanti.....n moga olam pom sama.................bahagia.......................setiap dugaan,...bala,...ujian yg diberikan pasti ada hikmahnya....olam yakin.....walaupun tau beliau mmg seolam yg baip...tp mungkin tidak baip untuk olam....dan mungkin ujian ni salah satu cara pertolongan dari Allah tuk olam n beliau mencari bahagia.........sgt2 bersyukur...............olam doakan bliau jumpa someone yg leh buatkan bliau gumbira...dunia akhirat

Friday, April 2, 2010

sama saling pringat memperingati

malam yang borim....

walaupun aku patutnya ske...coz ni malam sabtu...sok cuti...hehehhee...tp do no y aku rase sangap borim.......maybe sudah lamai kekawam yg sudah tdr awl...n aku gap yg x bleh pejamkam mata n mata ni stil bulat gi mengadap laptop............per aku nak buat ni..nak maim game dlm pesbok...dah bersara n janji x kan main game dlm pesbok ni.....so dah lama berkira-kira piki nak buat per...last2 bukak blog ni... n sbenarnya ....errrrkkkk x tau nak tulis per....napak sgt kacau jiwa aku...ep3...cuma ari ni just nak share prasaan aku today after baca paper online ari ni...kisah budak pandai lari umah nak kawen tu....nama dilahsiakam (walaupun satu malaysia dah tau)...mula2 aku x ambik port sgt kisah ni...tp tak tau knapa pagi td aku emo jer bila baca citer tu...aku yg meme digelar tlinge lembek (mudah nangis ...or ati halus ep3) menangis sesoram dlm bilik.....hanya 1 ayat jer yg buatkan aku nangis...bila mak si pompuan tu ckp harap anak dia tak lupa masa mak dia dokong dia masa menoreh...nak menyara kluarga...hua3....aku x leh tahan air mata...aku kalau main bab2 mak2 or org2 tua ni...mmg x leh nak control......betapa peritnya hati mak dia walau tau keputusan ank dia salah (menurut perkiraan aku la,tp kalau x kawen diorang buat maksiat..baip kawem) terpaksa turutkan juga coz tau...if dia x izinkan ank dia kawen...pasti ank dia akn jadi ank derhaka...n bila ank dia derhaka,...pasti x aman...mak mana nak tgk ank hidup anak musnah...huhuhuhuhu...pasti mak beliau seorang g sgt tabah....nak jadi seorang mak...bukan senang....duhai ank (termasuk aku la)...jaga la ibu bapa kiter selagi mampu....ma abah....olam mintak maap if ader mengguriskam ati ma n abah...huk3...tetiba rase nak blk kg....