Tuesday, February 22, 2011

.....hati.......


Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.

Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.


Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)
Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:

"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Baqarah ayat 74)

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.
hati....anggota yg penting dalam tubuh badan kita.....hati adalah darah beku yang dikatakan tempat syaitan berpengkalan dlm tubuh badan kiter...Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim menceritakan, semasa baginda masih lagi kecil baginda telah didatangi oleh malaikat Jibrail. Ketika itu baginda sedang bermain dengan beberapa orang kanak-kanak yang sebaya dengannya.

Maka malaikat Jibrail as pun memeluk Nabi Muhammad SAW dari belakang lalu membaringkan. Kemudian malaikat Jibrail as pun membelah dadanya dan mengeluarkan segumpal darah seraya berkata;

"Inilah bahagian syaitan yang ada dalam dirimu."


Kemudian malaikat Jibrail as pun membersihkannya.Setelah itu malaikat Jibrail pun memasukkannya semula ke tempat asalnya.Gumpalan darah itu adalah hati....

terdapat satu lagi contoh hadis yg menyebut tentang hati


"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk badan dan rupamu, tetapi Dia melihat kepada hati mu" (HR MUSLIM)


terasa takut...kerana aku tau...hati aku ini...kotor...mungkin segala mak bapak syaitan duk berkampung...huhuhu...Ya Allah...aku tahu aku hamba mu yg lemah....aku tak layak masuk syurga mu juga x berupaya masuk ke neraka mu...ampun kan dosa ku dan trima lah taubat ku...Ya Allah...jauhi lah aku dari penyakit hati...yg boleh menjauhka aku dari Mu...amiin....


Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud:
"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia."
(Surah al-Ra'd ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud:
"Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik."
(Surah al-Syura ayat 88-89)

Rujukan

http://howtostressyourtrueheart.blogspot.com/2010/07/tanda-tanda-hati-mati.html

p/s...artikel ini moga dapat memperingati ku yg selalu lalai dan sapa2 yg mahu diri diingati...



Friday, February 18, 2011

terima dgn hati yg terbuka


kawan.....sgt penting dlm hidup kiter...aku slaku org yg mmg jenis yg mesti ada kawan...suka berkawan...buat kerja bersama kawan...makan dgn kawan...senang citer...aku ni org yg x bleh hidup sendiri....sesiapa saja yg ikhlas berkawan dgn ku...insyaallah...aku seekhlas ati berkawan dgn nya...TAPI....kita perlu menerima rialiti dan resam di bumi ni....x semua org ikhlas berkawan dgn kita,.....di dpn mata kita...berckp manis bak delima...budi pekerti lemah gemalai..pendek kata...kalau org tua yg ada ank truna tgk...konform boleh dibuat menanntu....tapi di belakang kiter...masyaallah...mulutnya bau macam longkang,......tapi takper.....org yg x ikhlas ni rugi x ekhlas ati berkawan dgn aku...sbab dia telah kehilangan seorg kawan yg ekhlas kawan dgn dia....oh.....kenapa la aku perlu berkias-kias ni...ok...straigt to the point....ader seorg member ni...didpan aku....puji aku melambak-lambak...antara dialognya ialah;-

"wah, beruntung ko dapat tunang ko tu!..hansem...ko patut syukur tau.ada org dah tua,tapi x jumpa jodoh lagi."

dialog kedua...

"muka koo ni dah cute...ko tinggal lagi tachup skit2 jer ni...nanti baru tunang ko sayang ko.."

nota kaki (penulis bukan mengharapkan pujian ok...cuma x ske org yg terlampau plastik .)

belakang aku....ni dialog die

"aku tgk...dia jer cam terhegeh-hegeh beno nak kat tunang die tu...tunang dia tu..x der pom ambik berat pasal die..cam die jer yg over.."

satu lagi dialog dia...

" dia jer yg nampak over nak kat tunag dia...x sesuai langsung dia ngan tunang dia tu....tunang dia tu kemas..ensem..tapi dia tu...slebek jer.."

oh..plastik sungguh dirimu..maybe dia merasa dirinya cantik macam fasa sandha kup..baru jumpa aku n tunang aku stengah jam...ader ati nak judge org...yg x tahan nye...if btul2 dia mmg btul pandai baca ati org...kononnya aku jer lebih...cakap jer la ngan aku...ni x yah la depan aku ckp lain....n yg paling tak tahan...siap pi menjaja crite lagi pasal keburukkan org.....ish..dia mmg mensia-siakan seorg kawan yg sebelum ini mmg btul2 ekhlas berkawan dgn dia sblum ni kerana aku pun...dah x ekhlas dah nak kawan ngan dia...(ops...x baik memutuskan silaturrahim...erk,..maybe kawan n buat x tau jer bau longkang yg dia dah buat....tp x kan rapat lagi ngan dia)

...senang citer...jaga la diri sendiri kerana kita tak tau apa yg akan jadi pada diri kita nanti...sebuk2 duk jaga umah org..umah sendiri pencuri masuk x sedar

Thursday, February 17, 2011

"Sesungguhnya Allah tidak melihat bentk badan dan rupamu,tetapi Dia melihat kepada hatimu" (HR MUSLIM)


Masih dibawah mood membaca buku "bukan pernikahan cinderella"....
.saat membaca page 104 hingga 108.....ati tetiba menjadi sebak....almaklumlah...perempuan..penuh emosi....
antara isi kandungan buku ni ada mengatakan...
lelaki akan ebih tertarik dgn rupa untuk memilih pasangan manakala perempuan lebih tertarik dengan rasa kasih sayang dam emosi.....
buku ini memberi contoh.....
pernikahan beberapa org selebriti sebagai rujukan...
pernikahan riched gare n cindy crawford.....gere menjadi idaman gadis2 dan cindy super model yg tidak perlu dipertikaikan lagi bentuk tubuh badanya...menjadi idaman lelaki tuk memilikinya...tapi pernikahan mereka tidak bertahan lama.....
penulis buku ni gak menekan kan...byk org terpukau dgn penampilan luaran seseorg...dan penampilan tdk mencerminkan keperibadian seseorg.
wajah dan fizikal boleh diubah....tetapi tidak kepada keperibadian seseorg.....Allah saw pun tidak menilai seseorang dari penampilan luarannya sahaja

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk badan dan rupamu, tetapi Dia melihat kepada hati mu" (HR MUSLIM)


Wang,rupa paras tidak mampu membeli cinta dan kebahagian...pokok pangkalnya...semua berbalik kepada agama. Nabi Muhammad sudah mengingatkan hal ini..sabdanya.

"Barang siapa yg menikahi wanita kerana kemuliannya semata mata, nescaya Allah tidak akan menambahkan sesuatu kepadanya melainkan penghinaan..

Barang siapa yg menikahi wanita hanya kerana hartanya, nescaya Allah tidak akan menambahkan sesuatu kepadanya melainkan kefakiran...

Barang siapa yang menikahi wanita kerana keturunan semata-mata, nescaya Allah tidak akan menambahkan sesuatu kepadanya melainkan kerendahan.

Barang siapa yg menikahi wanita kerana hendak menundukkan pandangan matanya atau untuk menjaga kehormatannya (kemaluannya) atau kerana hendak menyambung tali persaudaraan, nescaya Allah akan memberkatinya di hadapan isterinya dan memberkati isteri di hadapan suaminya." (HR Abu Dawud dan An-Nasa'i)


saya...termenung beberapa saat setelah membaca hadis tersebut...cuma merenung diri...memuhasabah diri....Ya allah...lindungi aku dari kejahatan hati ku ya Allah....

membaca buku ini...menyebabkan saya byk berfikir...memuhasabah diri...biar kita hina di mata manusia...tidak di mata Allah...adalah lagi malang jika kita hina di mata manusia dan hina di mata Allah...

Apa yang diimpikan oleh kebanyaakkan gadis2 lain...begitu juga saya...mengharap dapat pendamping yg ikhlas menerima dirinya seadanya...sama2 berusaha mendekatkan diri pada-Nya....sama2 membina kluarga bahagia...moga diperkenankan... dipermudahkan segala urusan untuk mencapai impian tersebut....

Wednesday, February 16, 2011

crita plato bertanyakan gurunya tentang cinta dan pernikahan


smalam...dalam kul 2 mata sih blum mengantuk,....x tau nak buat apa...gosok bau dua pasang...still mata x nak tdr...then sambung baca buku yg bertajuk "Bukan pernikahan Cinderella"...erm...buku ni mmg best...biasa baca buku ni sbelum tdr...apa yg nak di share disini ialah bila masuk chater 4...terbaca satu kisah yg menarik hati...criter tentang plato bertanyakan gurunya tentang cinta dan pernikahan....criter nye lebih kurang begini lah...

Pada satu hari tu...plato bertanya pada gurunya "Apa itu cinta?...bagaimana saya boleh bertemu dgnnya?"...gurunya menjwb....ada sebuah ladang gandum yg luas di hadapan sana...berjalanlah kamu tetapi dgn syarat...kamu tdk boleh berundur kembali...ambil ranting shj...jika bertemu ranting yang kamu anggap paling menakjupkan.....ertinya kamu menemui cinta...plato pun dgn bersemangat berjalan menyusuri ladang gandum itu....seketika selepas itu..plato pun kembali..tetapi tampa ranting di tangan....
Gurunya bertanya "mengapa kamu tidak membawa satu ranting pun?"

Plato menjawab "Aku hanya boleh mengambil satu ranting pun dan semasa berjalan aku tdk boleh berundur kembali, sebenarnya aku telah bertemu satu ranting yang menakjubkan, tetapi aku terfikir mungkin ada ranting yang lagi menakjukan lagi di hadapan sana. Jadi aku tidak mengambil ranting tersebut...bila aku meneruskan perjalanan...baru aku sedar...ranting ang aku temui tidak sebaik ranting yang ku temui tadi...jadi aku membuat keputusan ..tidak mengambil sebarang ranting pun,....

Gurunya menjawab..."nah..itu lah cinta..."

Pada hari g lain pula..plato bertanya pada gurunya.."Apakah itu pernikahan? Bagaimana saya boleh memilikinya?.....Gurunya menjawab, "Ada sebuah hutann yg begitu subur di hadapan sana...kamu pergi menyusuri hutan itu tampa berundur kembali....kamu hanya boleh mengambil satu pokok sahaja....cari pokok yg paling tinggi ... kemudian tebangkan pokok tersebut ..kerana itu bermaksud kamu telah menemui apa itu perkahwinan."

Plato terus berjalan menyusuri hutan tersebut dan tidak lama kemudian...dia pulang membawa sebatang pohon....pohon itu bukan lah pohon segar dan yang baik...dan juga tidak lah terlalu tinggi....biasa2 saja..

Gurunya bertanya..."Mengapa kamu menebang pokok seperti itu?"

Plato menjawab..." Berdassarkan pengalaman yg lalu...aku kembali dgn tangan yg kosong...jadi ketika ada kesempatan....aku terihat pokok ini tidakla terlalu buruk...lalu ku putuskan untukmenebangna dan membawa kesini...aku tdk mahu kehilangan kesempatan untuk mendapatkannya,"

Gurunya menjawab..."Ya...itu lah pernikahan....

base on citer ni...konklusi yg aku buat adalah...kita selalu mengandaikan akan bertemu pasanagn yang begitu sempurna...begitu ideal... baik dari luar dan dalam....mahu segalanya kelihatan sempurna....untuk mendapat kesempurnaan ..... kita byk menghabiskan masa mencari...tampa memikirkan....mungkin itu adalah yg paling baik untuk kita....mudah saja kita mengatakan org ini tdk sesuai utk kita...alasannya....sama seperti dirasakan oleh plato...merasakan kalau2 apa yang bakal dijumpai dihadapan adalah lebh baik....bukan bermaksud supaya kita memilih jodoh tangkap muat dan sambil lewa saja....cuma jangan terlalu memilih..seperti kata penulis buku "bukan pernikahan cinderella" ni....di dunia ini...ada ber macam-macam ragam...ada yg rupawan..tetapi ibadahnya kurang....ada juga pendapatannya lumayan tetapi wajahnya kurang tampan...ada ibadahnya elok tetapi menampilannya kurang menarik..sememangnya tidak ada org yg sempurna di dunia ini.....menurut buku ni lagi...."mencari calon isteri yang cantik,kaya dan solehah itu mungkin tidak susah, tetapi g susah adalah mencari calon yang mahu bernikah dengan kita...ukurlah baju dibadan sendiri...perempuan yg baik untuk lelaki yg baik...dan lelaki yg baik untuk perempuan yg baik...

Ya Allah...sesungguhnya aku insan mu yg sngt lemah....pertemukan lah aku dgn jodoh yg baik...amiin

Tuesday, February 15, 2011

doa mohon supaya kluarga bahagia

slawat keatas junjungan nabi muhammad s.a.w...

Saat Nabi Muhammad S.A.W Hampir Wafat


Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah.

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Semoga kita hargai segala pengorban Rasulullah SAW


p/s : artikel ini dicupy dari iluvislam.net